fb fb fb fb fb

Sokongan kepada PM mampu perkukuh keyakinan rakyat dan komuniti pelabur - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 19 Disember - Sokongan majoriti kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan berupaya memperkukuh keyakinan rakyat dan komuniti perniagaan termasuk pelabur.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pelbagai strategi baharu sudah dipersiap bagi memastikan negara mampu mendepani cabaran mendatang.

(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika membaca usul pada
Mesyuarat Pertama Penggal Pertama di Dewan Rakyat)

"Kerajaan perpaduan akan berlandaskan prinsip tadbir urus yang baik, keadilan serta kesaksamaan sosial termasuk usaha-usaha reformasi bidang-bidang tertentu.

"Kerajaan perpaduan berikrar dengan iltizam yang jitu untuk terus menstabilkan iklim politik, memakmurkan ekonomi, menyatupadukan semua rakyat malaysia yang berbilang kaum serta mengangkat martabat malaysia di mata dunia," katanya.

Datuk Seri Fadillah menyuarakan komitmen tersebut ketika membentangkan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Media Baharu