fb fb fb fb fb

Belanjawan mini dibentang untuk bacaan kali pertama

KUALA LUMPUR, 19 Disember- Hari pertama sidang Dewan Rakyat menyaksikan pembentangan bacaan kali pertama Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022.

Pembentangan tersebut dibuat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan Speaker Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul.

Belanjawan mini membabitkan peruntukan hampir RM56 bilion itu, antara lain akan digunakan bagi membayar emolumen penjawat awam mulai Januari.

Peruntukan akan dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan Negara mengikut Seksyen 4 Akta Kumpulan Wang Pembangunan.

Namun, subseksyen yang diguna pakai, tidak dinyatakan.

Bacaan kali kedua dijangka berlangsung esok.

Belanjawan mini sementara itu diperlukan bagi memastikan kelancaran pentadbiran Putrajaya, sementara Belanjawan 2023 yang baharu disediakan.

(Anwar Ibrahim)

Media Baharu