KUALA LUMPUR, 19 Disember- Ekonomi negara perlu diberi nafas baharu bagi memastikan Malaysia mampu mendepani tahun baharu yang dijangka lebih mencabar.
Fokus harus tertumpu kepada usaha mewujudkan polisi yang berupaya meningkatkan kemasukan pelabur asing.
Ilham Centre berpendapat usaha mewujudkan kestabilan politik yang dilaksana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berupaya merealisasikan hasrat membangunkan ekonomi negara.
Ini termasuk pemeteraian perjanjian persefahaman antara gabungan politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berkata, "pelabur sering mendapatkan informasi terkini berkenaan pentadbiran dan keadaan semasa kerajaan. Jadi pemeteraian MoU ini merupakan usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memberikan keyakinan kepada pelabur asing.
"Yang ke-2 pngiktirafan daripada negara-negara yang mengadakan hubungan dagang dengan Malaysia juga adalah penting," katanya kepada RTM.
(Hisommudin Bakar)