KUALA LUMPUR, 19 Disember- Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup sementara bekalan elektrik di 94 pencawang membabitkan jajahan Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Mas dan Pasir Puteh berikutan hujan lebat dan banjir.
Kota Bharu membabitkan lima pencawang, Tanah Merah (8), Pasir Mas (59) dan Pasir Puteh (22).
Menurut kenyataan dalam laman Facebook TNB Careline petang tadi, usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan terlibat dapat disalur secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.
TNB juga mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir serta menjauhi pepasangan elektrik yang terendam banjir.
Menurut TNB penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang berkaitan sekiranya banjir bertambah buruk serta membahayakan keadaan bagi memastikan keselamatan pengguna setempat.
(Notis pemberitahuan oleh TNB)