fb fb fb fb fb

Sofia Raniya ditemukan selamat

KUALA LUMPUR, 30 Mac - Sofia Raniya, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Taman Midah 1 Cheras yang dilaporkan hilang ketika pulang dari sekolah, ditemui dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar mengesahkan perkara itu sebentar tadi.

(Sofia Raniya dibawa ke IPD Cheras untuk diserahkan kepada keluarganya)

Dia yang ditemui oleh anggota balai polis Pudu di The Holmes, Bandar Tun Razak pada pukul 9.00 malam kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk diserahkan kepada ahli keluarganya.

Terdahulu, berita kehilangan adik Sofia Raniya tular di media sosial selepas beliau gagal ditemui sejak pukul 5.30 petang hari ini.

Ryana,Ibu kepada kanak-kanak itu berkata dia yang sepatutnya mengambil anaknya pulang kira-kira pukul 5.50 petang tadi lewat tiba ke sekolah tersebut iaitu kira-kira pukul 6.20 petang akibat kesesakan lalulintas.

Namun sebaik tiba, beliau mendapati anaknya tiada di sekolah.

Media Baharu