fb fb fb fb fb

SKMM ingatkan orang ramai dapatkan informasi sahih menerusi sumber rasmi

KUALA LUMPUR, 25 Februari - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan informasi yang sahih menerusi sumber rasmi atau melalui portal Sebenarnya.my.

Pengarah SKMM Negeri Johor, Mohd Rizal Ahmad berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang menyebarkan berita palsu.

"Kita memang bersedia, SKMM di Johor dan juga SKMM di ibu pejabat sentiasa bersedia untuk memantau berita palsu.

"Kami juga bersedia menerima laporan daripada orang ramai berkaitan berita palsu dan di samping itu suka mengingatkan orang ramai di luar sana bahawa tindakan undang-undang boleh diambil terhdap mereka," kata Mohd Rizal dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1.

Baru-baru ini tular mesej palsu menggesa warga emas berumur lebih 60 tahun supaya tidak keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor akan datang.

Media Baharu