fb fb fb fb fb

SKM sasar RM3 juta jualan sempena BKK dan HKN di Perlis

Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal

KUALA LUMPUR, 1 Julai- Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyasarkan jualan sebanyak RM3 juta sepanjang tiga hari sambutan Bulan Koperasi Kebangsaan (BKK) dan Hari Koperasi Negara (HKN) 2024 di Perlis .

Pengerusi SKM Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal berkata, sebanyak 100 gerai disediakan, terdiri daripada pelbagai jabatan, agensi dan koperasi.

"Jadi kita mengambil kira juga bahawa Perlis ini pada tahun ini adalah Tahun Melawat Perlis, jadi kita mengambil dasar itu maka kita muktamatkan untuk dilaksanakan di Perlis.

"...kerana selama ini tiada agenda besar yang dibuat di Perlis, maka ini merupakan satu landasan untuk membolehkan mereka berada di utara tanah air supaya dapat sekali terlibat dlm program kami," katanya kepada pemberita dalam Majlis ramah mesra bersama Media, di ibu negara.

Sambutan yang diadakan di Kompleks JPS Pengkalan Asam, Kangar, Perlis, itu akan dirasmikan Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Program yang bermula pada 5 hingga 7 Julai ini dijangka menarik lebih 5,000 pengunjung selain ia adalah julung kali diadakan di utara tanah air.

Tahun lepas, sebanyak RM14 juta berjaya diperoleh daripada program yang dijalankan seluruh negara dan jualan sempena sambutan BKK sentiasa menunjukkan peningkatan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI