JOHOR BAHRU, 19 Oktober- Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menggalakkan koperasi untuk menceburi sektor agromakanan, untuk menampung keperluan dan pengeluaran hasil negara.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SKM (Dasar dan Pembangunan), Amran Abdul Kadir berkata sektor pertanian dan industri asas tani, kini berada di tempat ketiga daripada enam sektor ekonomi bawah SKM.
Pihaknya kini memberi keutamaan kepada koperasi yang terlibat dengan penyediaan stok makanan bagi mencapai misi, menjadikan koperasi sebagai penyumbang utama stok makanan negara.
"Kalau dia nak sehingga RM30 juta pun, ok. Soal kolateral ini, tidak semestinya aset itu mesti milik koperasi, 'third party charge' pun boleh.
Jika aset itu milik ahli koperasi, boleh dijadikan kolateral cuma ada kebenaran dan persetujuan bersama daripada empunya aset," kata Amran kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Koperasi Johor 2023 di Johor Bahru.
(Foto FB SKM)
Dalam pada itu, beliau memaklumkan hanya kira-kira RM5 juta daripada peruntukan RM100 juta diterima SKM pada Belanjawan 2022 telah digunakan untuk pembiayaan koperasi sektor pertanian.
Faktor itu menjadikan peruntukan tersebut berkembang kepada kira-kira RM200 juta, selepas menerima RM100 juta menerusi Belanjawan 2023.