fb fb fb fb fb

SKDS 2.0: 28,000 syarikat pengangkutan darat telah diluluskan

KLANG, 23 Mei - Sebanyak 28,000 syarikat pengangkutan darat telah mendaftar dalam pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 serta mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), setakat 22 Mei tahun ini.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali daripada jumlah itu, sebanyak 90,000 fleet card telah dikeluarkan kepada syarikat-syarikat pengangkutan yang layak oleh lima syarikat minyak utama sejak KPDN mengumumkannya perluasannya pada 7 Mac lalu.

Dalam pada itu Armizan memuji kesungguhan serta kecekapan syarikat minyak yang terlibat dalam pengeluaran kad itu bagi fasa kedua SKDS, yang diperluas kepada lebih banyak kenderaan pengangkutan awam, berbanding sistem sebelum ini.

"Jadi saya bagi pihak kerajaan (KPDN) ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada syarikat-syarikat minyak yang terlibat lima syarikat minyak atas kerjasama rapat mereka dan komitmen tinggi dalam membantu kerajaan dalam perluasan SKDS ini.

"Ia termasuk kesediaan mereka untuk menyediakan 'fleet card', tambahan 'fleet card' pada kadar yang banyak, dalam tempoh yang singkat," katanya.

Customer Support