fb fb fb fb fb

Ribut petir, hujan lebat babit 13 negeri hingga 9 malam

Gambar hiasan

PUTRAJAYA, 16 November – Sebanyak 11 negeri dan dua Wilayah Persekutuan dijangka ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 9 malam ini, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Bagi Wilayah Persekutuan, kawasan yang terlibat ialah Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di wilayah utara, amaran melibatkan Kedah (Kuala Muda) serta Pulau Pinang, manakala di Perak kawasan terjejas merangkumi Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Wilayah selatan, antara kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk ialah Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau), Melaka, serta Johor meliputi Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Bagi Pantai Barat dan Lembah Klang, amaran dikeluarkan untuk Selangor meliputi Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Di Sabah dan Sarawak, keadaan sama dijangka di Sarawak membabitkan Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

Di Sabah, kawasan terlibat termasuk Pedalaman (Nabawan), Tawau serta Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan).

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda hujan berintensiti lebih 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran berkenaan adalah jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

GRACE AISYAH KEDAYAN