KUALA LUMPUR, 10 April-Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara di ibu negara mempunyai cara tersendiri bagi mengimarahkan bulan Ramadan.
Warga sekolah akan mengambil bahagian dalam program Tadarus Al-Quran selama 30 minit.
Inisiatif tersebut membolehkan pelajar-pelajar Islam berkumpul dan mengisi masa lapang dengan aktiviti bertadarus dengan bimbingan ustaz dan ustazah yang bertugas.
Menurut Ketua Panatia Pendidikan Islam SKBBSD,Marzidah Mohamad Shaari, objektif program tersebut ialah untuk melahirkan rasa syukur dengan kedatangan bulan Ramadan dan melahirkan insan yang bertakwa," katanya ketika ditemui media.
Tambah Marzidah, tahun ini program Tadarus Al-Quran memaparkan sedikit kelainan dengan pembahagian pelajar dua peringkat iaitu tahap satu dan tahap dua.
Kumpulan tahap satu akan hanya memfokuskan kepada surah-surah Lazim, manakala pelajar tahap dua pula akan bertadarus secara berkumpulan dengan bimbingan Ustaz dan Ustazah.
Selain tadarus, aktiviti takzirah Ramadan, pertandingan tulisan khat, pertandingan tulisan jawi serta majlis berbuka puasa turut dianjurkan oleh sekolah tersebut.

( Pelajar Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara isi masa bertadarus di kelas
semasa rehat/FOTO RTM)