KUALA LUMPUR, 10 April-Sistem pemberian subsidi bahan api secara bersasar dijangka siap pada Julai atau Ogos ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tarikh penguatkuasaannya masih belum ditetapkan Bagaimanapun Datuk Seri Ahmad memberi jaminan, pemberian subsidi bersasar itu akan tetap meliputi pengangkutan awam selain kenderaan pengguna, barangan dan nelayan.
Beliau memaklumkan perkara itu ketika menggulung perbahasan RUU Perbekalan Tambahan (2022) 2023 Bacaan Kali Kedua.
"Kita ada jawatankuasa khas untuk laksana subsidi bersasar.Kita dapat data daripada JPJ, JPN, LHDN. Kita elakkan harga RON 95, RM2.05 seliter dan Diesel RM2.15 sen seliter", katanya disini.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan,RM4.1bilion berjaya dijimatkan kerajaan hasil pemberian subsidi elektrik secara bersasar pada separuh pertama tahun ini.
"Kerana kita ambil langkah berjimat-cermat, kta dapat jimatkan RM4.1 bilion hasil subsidi elektrik bersasar yang bermula Januari hingga Jun 2023", kata Ahmad lagi.
Pada 26 Mac lalu, Datuk Seri Ahmad Maslan, dilaporkan berkata Kerajaan masih berusaha membangunkan pengumpulan data yang komprehensif sebelum menetapkan kriteria yang bersesuaian terhadap pihak atau individu yang akan menerima subsidi bersasar di negara ini.
Katanya lagi, pelaksanaan pemberian subsidi secara bersasar ini akan dibuat secara berperingkat tertakluk kepada ketersediaan dan mengekalkan fokus kerajaan dalam memastikan kos sara hidup rakyat terutamanya golongan B40 tidak terjejas.
(Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan/FOTO RTM)