fb fb fb fb fb

KPT, SC meterai MoU bangun Program Graduan Pasaran Modal

 

KUALA LUMPUR, 10 April- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPT) bersama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi membangun Program Graduan Pasaran Modal (CMGP).

Ia bertujuan meningkatkan ilmu dan kebolehpasaran graduan terutamanya bagi industri pasaran modal dalam tempoh tiga tahun.

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, program tersebut selari dengan komitmen KPT untuk memastikan kebolehpasaran graduan dapat ditingkatkan.

Tambah beliau, program tersebut mampu menampung kekurangan tenaga kerja mahir selain menghasilkan graduan yang lebih bersedia untuk diterap ke dalam pasaran modal tersebut.

Hal tersebut akan mengurangkan defisit tenaga mahir di pasaran modal, seterusnya mempertingkatkan kebolehpasaran graduan.

CMGP akn dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.


(Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin)

Media Baharu