fb fb fb fb fb

Johor hantar 66 atlet wakili Malaysia ke Sukan Sea Kemboja

(Exco Belia, Sukan,Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Hairi Md Shah)

JOHOR BAHRU, 10 April- Sektor sukan di Johor akan kembali rancak selepas bulan Ramadhan, dengan siri kejohanan sukan yang telah dirangka Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ), diteruskan membabitkan setiap persatuan sukan.

Exco Belia, Sukan,Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Hairi Md Shah memaklumkan, fokus MSNJ pada Ramadhan, tertumpu pada latihan ringan dalam kalangan atlet.

Selain kejohanan sukan, temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja juga akan menghangatkan kancah sukan negeri, dengan jangkaan pembabitan 66 atlet Johor, mewakili Malaysia, pada Mei ini.

Atlet Johor terdiri daripada 35 atlet lelaki dan 31 atlet wanita bertanding dalam sukan olahraga, akuatik, badminton, bola keranjang, kriket, berbasikal, hoki dan tinju.

"Dalam bulan Mei ini, kita akan menghantar atlet yang terlibat mewakili negara dalam temasya Sukan Sea di Kemboja dan jika diberikan peluang, saya juga akan sama- sama menghantar delegasi ke sana,"katanya.

Selain itu, anjuran Sukan Bangsa Johor, peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dijangka berlangsung bulan Julai kelak dilihat dapat terus merancakkan sektor sukan negeri, untuk tahun ini.

Beliau berkata demikian semasa Program Bubur Lambuk  Orang Muda Johor di Johor Bahru, yang turut dihadiri Ketua Pengimbang Johor, Andrew Chen Kah Eng.

Program menyaksikan 600 petugas dan penduduk setempat menyediakan empat ribu pek bubur lambuk, yang akan diedarkan kepada perumahan rakyat miskin di Kawasan Sri Stulang.


(Mohd Hairi Md Shah membantu menyediakan bubur lambuk)

Media Baharu