fb fb fb fb fb

Sistem PADU integrasikan 314 set setakat 12 Mac lalu

Foto Hiasan/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 20 Mac-Pelaksanaan sistem PADU telah mengintegrasikan 314 set data dari pelbagai agensi bagi membentuk profil individu yang komprehensif, setakat 12 Mac.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata ini termasuk maklumat 8.6 juta pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk golongan B40 warganegara Malaysia.

"Terdapat kemungkinan individu yang tidak mengemaskini maklumat di dalam PADU akan tertinggal daripada menerima bantuan dan subsidi Kerajaan. Walau bagaimanapun, kaedah alternatif yang boleh digunakan adalah melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai agensi sektor awam, termasuk kerajaan negeri dan tempatan, serta agensi GLC dan GLIC yang terdapat dalam PADU bagi membentuk data yang komprehensif mengikut individu dan isi rumah", kata Hanifah di Parlimen hari ini.

Sehingga semalam, hampir 6.03 juta daripada 27.4 peratus warganegara dan penduduk tetap di Malaysia telah mendaftar dalam PADU.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD