fb fb fb fb fb

Sistem PADU adalah selamat - Fahmi

Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 23 Februari- Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang diperkenal kerajaan adalah selamat.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata isu kebocoran maklumat pada sistem berkenaan tidak berlaku selepas ia didakwa digodam sebelum ini.

Katanya, perkara tersebut disahkan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

"Dia bukan sistem PADU, tapi sebelum ini yang dikenal pasti ia merupakan 'performance delivery unit' yang singkatannya adalah PADU dalam sistem LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, jadi bukan bawah sistem PADU di bawah Kementerian Ekonomi, dia adalah dua sistem yang jauh berbeza tapi ada beberapa pihak yang cuba memainkan seolah-olah sistem itulah yang telah dibolos iaitu jauh dari kebenarannya dan ini telah disahkan oleh Menteri Ekonomi," kata Fahmi ketika ditemui media selepas menunaikan solat jumaat bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Negara di sini.

Artikel Berkaitan:
LPPKN tegaskan serangan siber ROOTK1T ke atas server iKnow bukan dari data PADU
Rafizi nafi PADU digodam, kenyataan rasmi akan dikeluarkan
Sistem PADU diyakini selamat, tiada isu kebocoran maklumat peribadi

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM