PETALING JAYA, 13 April- Prasarana Malaysia Berhad akan melaksanakan sistem indeks prestasi utama (KPI) baharu yang bertujuan untuk memantau dan menjamin penyelenggaraan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) yang lebih baik.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata KPI yang dinamakan dinamakan Ukuran Kilometer Sebelum Kegagalan (MKBF) itu adalah pendekatan yang akan digunakan untuk menilai kestabilan dan perjalanan tren sebelum kerosakan berlaku, dan ia juga telah dilaksanakan di beberapa buah negara.
(Menteri Pengangkutan Anthony Loke)
Beliau berkata KPI itu yang bersifat terbuka, akan dipapar dan dikemas kini secara bulanan di laman sesawang dan media sosial Prasarana untuk makluman serta penilaian orang awam bermula bulan depan.
"Katakan laluan Kelana Jaya 150,000 kilometer, jadi kita hendak lihat penambaikan. Saya harap akhir tahun ini saya boleh laporkan 200,000, katakan 150,000 meningkat menjadi 200,000 ada peningkatan. Jadi setiap tahun, kami ingin lihat kesan perubahan suku tahun", katanya.
Dalam pada itu juga, MKBF menyasarkan bagi suku tahun ketiga 2026 ialah satu juta iaitu kerosakan tren hanya akan berlaku selepas satu juta kilometer perjalanan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Kakitangan Prasarana di sini.