AMPANG JAYA, 13 April- Seramai 71 anak yatim daripada dua pertubuhan kebajikan, menerima sumbangan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) berjumlah RM20,000 bersempena bulan Ramadan dan Syawal.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PAAB, Zulkiflee Omar berkata sumbangan berupa cek, baucar beli belah, juadah berbuka serta duit raya diharapkan dapat mengukir senyuman kepada anak-anak yatim.
(Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PAAB, Zulkiflee Omar)
"Berharap sumbangan ini dapat membantu pertubuhan kebajikan tersebut mengharungi cabaran mereka, mengharungi bulan Ramadan dan meringankan beban mereka untuk persediaan menyambut hari raya tidak lama lagi", kata Zulkiflee.
Kempen 'Shop and Share' yang dianjurkan dalam kalangan kakitangan turut berjaya mengumpulkan sumbangan barang runcit bernilai lebih RM5,000.00.
Pengasas Pertubuhan Kebajikan Asnaf An-Naafi, Aishah Mohamed bersyukur sumbangan dapat memberikan kegembiraan agar mereka tidak dipinggirkan menjelang Aidilfitri.
"Hari ini dia datang bagi baucar untuk anak-kanak, bagi duit raya, dia santuni anak-kanak ini, jadi anak-anak kita juga gembira alhamdulillah, terima kasih sangat-sangat," kata Aishah.