fb fb fb fb fb

Skop MED4IR diperluas

(Fahmi ditemu bual media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian
KKD dan Majlis Berbuka Puasa)

PUTRAJAYA, 13 April- Jemaah Menteri hari ini bersetuju skop Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (MED4IR) diperluas.

Jelas Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, langkah itu bertujuan memastikan Malaysia berkeupayaan menyediakan dasar dan aspek pelaksanaan yang mantap agar ekonomi digital dapat dinikmati semua.

Ia juga bagi memastikan sebarang permasalahan pihak industri mencapai penyelesaian yang praktikal menerusi kerjasama pelbagai kementerian.

"Jadi kita telah putuskan bahawa kita akan kembangkan skop itu. Bukan hanya meneliti aspek dasar tapi juga berusaha menyelesaikan perkara digital dan masalah yang ditimbulkan industri.

"Bila kita sebut ekodigital ia bukan melibatkan satu kementerian tapi pelbagai ekodigital dan 4IR ini menyediakan peluang bagi kementerian menyelesaikan sesuatu isu itu bersama," kata Fahmi dalam Majlis Perhimpunan Bulanan dan Berbuka Puasa Kementerian Komunikasi dan Digital di sini.

Program itu yang dihadiri 400 kakitangan dan agensi turut menyantuni 100 anak yatim dari Pusat Jagaan Mesra Assalam, Yayasan Noor Manzil, serta Rumah Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa.

Hadir sama, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha KKD, Datuk Seri Mohammad Mentek.

(Fahmi bersama Timbalannya Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan duit raya kepada
anak-anak yatim dalam Majlis Perhimpunan Bulanan KKD dan Majlis Berbuka Puasa/BERNAMA)

Media Baharu