fb fb fb fb fb

IKBN Kuala Perlis anjur Program Ihya Ramadan

 

KUALA PERLIS, 13 April- Bersempena dengan sambutan bulan Ramadan, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia menganjurkan Program Ihya Ramadan.

Melibatkan lebih 400 tenaga pengajar dan pelatih IKBN Kuala Perlis, antara aktiviti yang dianjurkan ialah program tadarus al-Quran secara berkumpulan, perkongsian ilmu dibawakan khas oleh YADIM, gotong royong menyediakan bubur lambuk, kuiz Ramadan serta sumbangan duit raya.

Menurut Pengarah IKBN Kuala Perlis, Zaliha Abu Bakar, program Ihya Ramadan ini memberi ruang kepada tenaga pengajar dan pelatih bagi meningkatkan lagi pengahayatan dan kefahaman mereka berkaitan dengan amalan-amalan terbaik dalam ibadah puasa dan amalan lain sepanjang Ramadan.

"Semoga dengan adanya program Ihya Ramadan pada tahun ini dapat membimbing warga kerja IKBN Kuala Perlis ke arah menjadi umat Islam yang terbaik di samping dapat merapatkan hubungan ukhwah sesama warga kerja,"katanya.


(Gotong-royong menyediakan bubur lambuk antara aktiviti yang dijalankan)

Media Baharu