fb fb fb fb fb

Sistem data diperkenal atasi kecurian biji sawit

(GAMBAR FAIL)

PONTIAN, 14 Mei - Kerajaan akan memperkenalkan satu sistem data besar bagi mengesan kehilangan biji sawit melibatkan pekebun kecil di seluruh negara.

Sistem tersebut digunakan bagi mengatasi kes curi buah sawit yang masih berlarutan, sekali gus menjejaskan pendapatan industri sawit.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berkata ketika ini sistem tersebut masih di peringkat percubaan untuk tempoh dua hingga tiga bulan.

(Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng)

"Jadi data ni ada rekod yang telus daripada pekebun kecil. Jadi saya harap semua ini akan diatasi supaya ia tidak boleh tanpa lesen dan tidak boleh dijual dengan sebarangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia di Pekan Nanas, di sini.

Tambah Wee, melalui data tersebut, urusan penjualan hasil tanaman biji sawit akan direkod dan diperiksa berpandukan lesen.

Media Baharu