fb fb fb fb fb

SiPKPM teknologi AI dibangunkan, usaha tangani isu keciciran murid

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Februari- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perkukuh usaha menangani isu keciciran murid secara progresif.

Ke arah itu,  Sistem Pengesanan Murid KPM (SiPKPM) dengan teknogi kecerdasan buatan (AI) sedang dibangunkan sebagai fungsi mengesan pergerakan murid berisiko cicir, telah tercicir serta yang mungkin tidak mendapat akses pendidikan.

Timbalan Menteri Pendidikan,  Wong Kah Woh berkata, dengan SiPKPM berteknologi AI, pihak sekolah dapat menjejak kehadiran murid secara individu dan melaksanakan intervensi secara berfokus dan bertindak pada peringkat awal.

"Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa komited dalam memastikan setiap murid menerima pendidikan yang holistik dan inklusif, tanpa mengira latar belakang mereka.

"KPM amat cakna dan tidak akan berkrompomi dengan isu kehadiran, keciciran dan akses pendidikan yang berkualiti bagi setiap murid tanpa mengira latar belakang mereka.

"Semua perkara ini akan terus menjadi fokus dan agenda utama KPM sepanjang masa," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan yang dikemukan Ahli Parlimen Shah Alam Azli Yusof yang ingin mengatahui mengenai komitmen kementerian dalam menangani isu keciciran murid di Parlimen.

Tambahnya, sehingga kini juga beberapa langkah proaktif telah dilaksanakan bagi menangani isu tersebut antaranya Program Ziarah Cakna, Sekolah Model Khas Komprehensif dan Program outreach dengan kerjasama jabatan berkaitan.

Sementara itu, isu kepadatan sekolah turut dibangkitkan. Wong menjelaskan, beberapa pendekatan juga telah diambil bagi menangani isu berkaitan nntaranya; menganalisis keperluan pembinaan bilik darjah tambahan atau membina sekolah baharu

Manakala faktor yang dipertimbang termasuk; bilangan kapasiti sekolah sedia ada, kapadatan penduduk dan lebihan baki tanah sekolah bagi cadangan penambahan bilik darjah

"Berkenaan projek pembinaan bilik darjah tambahan, pihak KPM telah mengambil pendekatan untuk pembinaan kabin secara industrial building system (IBS).

"Kabin ini bukan yang biasa kita nmpk tapi ia serupa dengan keadaan bilik darjah  sedia ada dan kondusif. Peruntukan pembangunan telah diluluskan sebanyak RM100 juta  bagi pembinaan kabin secara IBS," katanya.

Sekolah Kebangsaan CyberJaya antara perintis bagi bilik darjah kabin pasang siap yang memberi penyelesaian jangka pendek kepada isu sekolah padat.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE