fb fb fb fb fb

Kerajaan komited selesai isu rakyat Malaysia terkandas di luar negara

PUTRAJAYA, 20 September- Kerajaan sedang berusaha melalui semua saluran untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara ekoran sindiket penipuan kerja.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, kerajaan prihatin dan mengambil serius mengenai nasib rakyat Malaysia yang terkandas di beberapa negara seperti Laos, Myanmar, Thailand dan Kemboja.

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) telah berjumpa dengan Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan dan Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim serta ahli keluarga mangsa sindiket bagi mendapatkan maklumat terperinci, untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri esok," katanya menerusi kenyataan.

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)

Datuk Seri Ismail Sabri menasihati seluruh Keluarga Malaysia agar sentiasa berwaspada dengan tawaran pekerjaan di luar negara.

Pada masa sama, menyemak kesahihan tawaran kerja berkenaan melalui Wisma Putra bagi mengelak menjadi mangsa sindiket penipuan.

Berita berkaitan
Isu sindiket penipuan kerja akan dibincang dalam mesyuarat kabinet esok

Media Baharu