fb fb fb fb fb

Sindiket kad pelarian UNHCR didalangi warga asing

KUALA LUMPUR, 7 Januari- Kegiatan sebuah pertubuhan didalangi warga asing menjual kad perakuan perlarian pada harga RM500 akhirnya terbongkar selepas digempur menerusi Op Sapu.

Serbuah dilakukan di sebuah flat di Jalan Imbi, Bukit Bintang, berjaya merampas peralatan yang digunakan untuk mencetak kad, kad kosong, dokumen selain sijil dengan logo Suruhanjaya Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pertubuhan haram berkenaan mula aktif sejak 2009 berdasarkan papan iklan di sekitar premis.

"Mereka memproses permohonan etnik Chin untuk mendapatkan kad UNHCR. Kumpulan ini akan ke premis tersebut untuk mengisi borang dan menyerahkan dokumen serta membuat pembayaran.

"Bukti ini diperoleh melalui resit yang bayaran yang diperoleh ketika operasi dijalankan," katanya kepada pemberita di sini.

Hasil siasatan awal mendapati sekitar 1,000 ahli telah berdaftar dengan pertubuhan haram berkenaan yang memproses permohonan etnik Chin dari Myanmar bagi mendapatkan kad pelarian UNHCR.

(Khairul Dzaimee Daud)

Media Baharu