fb fb fb fb fb

Sindiket judi didalangi warga asing tumpas

KUALA LUMPUR, 30 Mac- Bilik rahsia yang diubahsuai di sebuah pusat snooker menjadi modus operandi sindiket perjudian yang didalangi oleh warga asing.

Operasi yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia selama dua hari ini telah beriaya menahan 15 individu.


(Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh)

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, operasi yang digerakkan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Putrajaya pada 28 Mac telah menyerbu sebuah premis di Selangor yang berselindung di sebalik perniagaan snooker.

"Dalam serbuan pertama pada 28 Mac 2023 jam lebih kurang 10.00 malam pasukan telah menyerbu sebuah premis yang berselindung di sebalik perniagaan snooker. Modus operandi sindiket menyediakan bilik rahsia yang diubahsuai sebagai pusat perjudian bagi mengaburi mata pihak penguatkuasa. Pelanggan yang ingin memasuki bilik rahsia berkenaan mesti mempunyai kod rahsia yang ditetapkan oleh sindiket," katanya.

Hasil serbuan berjaya menahan 3 lelaki warganegara Indonesia, 1 lelaki warganegara Bangladesh, 2 wanita warganegara Indonesia berusia antara 25 hingga 40 tahun dan tidak memiliki sebarang pas yang sah.

Serbuan kedua pada 29 Mac di 3 lokasi sekitar Kuala Lumpur telah menahan dalang utama sindiket ini iaitu seorang lelaki warganegara Bangladesh berusia 40 tahun.

Turut ditahan 6 lelaki warganegara Bangladesh, 1 lelaki warganegara Nepal dan 1 perempuan warganegara Indonesia yang berusia antara 25 hingga 40 tahun yang bekerja sebagai operator mesin judi di premis tersebut.

Operasi Khas turut merampas 46 unit komputer pelbagai jenama, 37 naskah pasport dan wang tuna sebanyak RM114,450 dipercayai hasil aktiviti perjudian.

Media Baharu