fb fb fb fb fb

Persaingan teknologi perlu jadi agenda antarabangsa

HAINAN, 30 Mac- Persaingan teknologi perlu menjadi antara agenda utama mesyuarat peringkat tertinggi dalam forum antarabangsa selain isu keselamatan dan ekonomi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persaingan yang tiada halangan mesti memberi laluan kepada kerjasama yang penuh semangat.

Menerusi ucapatama sesi pleno Forum Boao untuk Asia (BFA) 2023 di sini Perdana Menteri berkata, perlumbaan semasa teknologi canggih seperti persaingan industri semikonduktor boleh menyebabkan situasi produktif dan destruktif.

"Persaingan boleh menjadi sama ada produktif atau merosakkan. Menyedari setiap negara perlu memelihara hak cipta intelektual dan cuba berada di hadapan.

"Beberapa langkah waspada atau syarat harus diwujudkan supaya persaingan tidak menyebakan perpecahan di dalam dunia teknologi dan menghalang kemajuan," kata Anwar

Sementara itu, Perdana Menteri mahu konsep akauntabiliti demokratik diterapkan dalam berurusan sesama rakan dalam situasi bilateral dan multilateral.

"Pada hemat saya, akauntabiliti demokratik menuntut pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyat keseluruhan dengan menyediakan gaya hidup terbaik, ketelusan dalam membuat keputusan serta amalan tadbir urus yang baik dan berkesan.

Dunia juga disaran bekerjasama dan bersolidariti ke arah merapatkan jurang, mempromosi kesaksamaan sosial dan meningkat taraf hidup.

Forum tersebut turut dihadiri Perdana Menteri China, Li Qiang.

(Datuk Seri Anwar berkata persaingan teknologi perlu jadi agenda antarabangsa)

Media Baharu