fb fb fb fb fb

Kerajaan Johor tanggung kos pengurusan jenazah mangsa kebakaran di Muar

(Lokasi kejadian kebakaran rumah yang
meragut nyawa empat beradik di Muar)

MUAR, 30 Mac -Kerajaan Johor akan menanggung kos pengurusan jenazah empat beradik yang maut dalam tragedi rumah terbakar di Sabak Awor, Muar, Johor semalam

Selain itu, rumah sementara untuk ibu bapa mangsa serta kos sewa juga akan ditanggung melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, sumbangan wang ihsan berjumlah RM3,000.00 ribu ringgit diserahkan kepada ibu bapa mangsa, Thein Ko Htut dan Nabila Sedu.


(Mohd Fared menyerahkan sumbangan MAINJ kepada bapa mangsa kebakaran Thein Ko Htut di Muar)

"Kita juga berusaha untuk mendapatkan kediaman sementara untuk kedua ibu bapa tidak jauh dari tanah perkuburan anak mereka. Ketika ini pejabat daerah kenal pasti sebuah rumah inap desa yang selesa, kebajikaan dijaga termasuk makan minum mereka", katanya.

Dalam kejadian semalam, empat beradik tersebut dikatakan berada di rumah, manakala ibu mangsa keluar mencari kelengkapan berbuka puasa.

Mangsa maut dikenali Puteri Aisyah Tenko To, 8 tahun, Mohd Hakim, 6 tahun, Mustakim, 4 tahun dan Fatihah Aisyah, 3 tahun.

Punca kejadian setakat ini dikenal pasti akibat litar pintas.

Media Baharu