fb fb fb fb fb

Konsep kerajaan perpaduan mungkin tidak berlaku di Johor

JOHOR BAHRU, 30 Mac- Penubuhan kerajaan perpaduan tidak semestinya berlaku di negeri lain, sama seperti berlaku di Melaka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, situasi yang berlaku di Melaka tidak ada kaitan dengan negeri lain, termasuk di Johor


(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa Majlis Santunan Kasih
Ramadan di Masjid Jamek Kampung Sungai Gersik, Muar, Johor)

“Jadi suasana politik di negeri lain mungkin berbeza dengan apa yang berlaku di negeri Melaka. Saya harap tiada sebarang spekulasi yang wujud sebab yang penting adalah kestabilan politik bukan sahaja di peringkat nasional, tetapi kita yakin kestabilan juga perlu diwujudkan di setiap negeri. Yang penting rakyat mengharapkan kestabilan ini akan membawa pelaburan dari luar, kestabilan juga membawa peluang-peluang ekonomi," katanya semasa Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Jamek Kampung Sungai Gersik, Muar, Johor.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan kewujudan kerajaan perpaduan di Johor, seperti yang akan berlaku di Melaka.

Mengenai situasi politik di Melaka, beliau memaklumkan apa yang berlaku akan membolehkan rakyat mendapat ketua menteri baharu serta barisan pimpinan EXCO yang baharu.

Beliau yakin semangat perpaduan yang ditunjukkan diperingkat persekutuan dapat diterjemahkan di negeri berkenaan.

Media Baharu