KUALA LUMPUR, 30 Mac- Program World Quran Hour sekali lagi bakal mencipta sejarah di peringkat antarabangsa apabila solidariti mengimarahkan al-Quran dijalankan serentak bermula13 April ini.
Pendekatan itu dibuat bagi memupuk cara hidup berteraskan al-Quran sekali gus memperkukuh modal insan ke arah pembinaan negara madani, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff.
Program yang dipelopori WUIF itu menyasarkan jumlah penyertaan tertinggi tahun ini.
"Untuk lokasi utama kita sasarkan dalam 3,000 ke 5,000 orang tetapi untuk seluruh dunia kita harap kita dapat cecah lebih 1.6 billion.
"Apabila kita mulakan pemahaman, kita baca Quran, kita faham al-Quran, kita amalkan al-Quran perkara tu lah yang paling penting sebenarnya sebab orang melihat, daripada Quran.
"Itulah yang menjadi perjuangan kita, bagaimana mind set itu boleh berubah dengan al-Quran dan akhirnya karakter kita yang berubah dengan al-Quran," kata Marhaini
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijangka perkenan berangkat buat kali kedua ke program World Quran Hour edisi ke-8.
Kejayaan terbesar dicatatkan menerusi jumlah terkumpul sebanyak 3.46 billion capaian media sosial sehingga tahun lalu.
(Marhaini berkata Program World Quran Hour cipta sejarah lagi)