fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 30 Mac- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional merosot kepada RM42.87 bilion daripada RM44.48 bilion pagi ini manakala mudah tunai dana Islam turun kepada RM31.12 bilion daripada RM31.42 bilion.

Terdahulu, bank pusat menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender repo berbalik dan dua tender Qard.

BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik dan kemudahan murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4.00 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM41.90 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM30.10 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Bank pusat menyemak semula tender semalaman konvensional kepada RM41.9 bilion daripada RM40.8 bilion.

BNM turut menyemak semula tender semalaman Murabahah kepada RM30.1 bilion daripada RM29.2 bilion.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 28 Mac, 2023. -BERNAMA

(Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil)

Media Baharu