fb fb fb fb fb

Peratus ibu bapa didik anak keselamatan dalam talian meningkat

KUALA LUMPUR, 30 Mac- Google Malaysia mendapati 72 peratus ibu bapa secara proaktif mendidik diri mereka tentang keselamatan dalam talian pada tahun ini, berbanding hanya 67 peratus pada 2021.

Ketua Komunikasi Google Malaysia, Nadia Khan berkata kaji selidik dalam talian tentang ‘Keselamatan Kanak-Kanak dan Keluarga’ itu, menunjukkan 30 peratus ibu bapa tidak merasakan anak mereka mempunyai pengetahuan yang baik mengenai isu keselamatan dalam talian.


(Ketua Komunikasi Google Malaysia, Nadia Khan)

"Dari saat anak menerima peranti biasanya pada usia 10 tahun, purata ibu bapa hanya mula bercakap mengenai keselamatan dalam talian dengan mereka pada usia 13 tahun," katanya.

Tambah beliau, bagi meningkatkan kesedaran dan mendidik di kalangan ibu bapa alatan percuma seperti program YouTube Kids, Family Link dan Be Internet Awesome akan dilengkapkan kepada anak-anak agar lebih selamat.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Taklimat Media Mengenai Keselamatan Dalam Talian Untuk Kanak kanak dan Keluarga di Ibu negara.

Media Baharu