JOHOR BAHRU, 30 Mac- Seramai 423 individu berumur 17 hingga 60 tahun diberkas menerusi Op Dadu Khas Judi Atas Talian (JOL) yang dijalankan di sekitar Johor.
Tangkapan itu melibatkan beberapa siri operasi yang dijalankan dari 1 januari hingga semalam.
(Antara yang ditahan dalam Op Dadu Khas Judi Atas Talian (JOL) )
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tangkapan melibatkan 415 penjaga premis dan 8 pemain judi.
Hasil serbuan merampas, 451 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 7 unit tablet, 4 unit komputer riba dan wang tunai berjumlah RM59,143.
40 buah premis dikenakan tindakan pemotongan elektrik dan lessen 13 premis lagi dibatalkan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) ( C ) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.