fb fb fb fb fb

Sime Darby dan Porsche keluarkan Cayenne pertama dipasang di Malaysia

KULIM, 29 Mac- Sime Darby dan Porsche mengeluarkan Cayenne pertama yang dipasang di dalam negara untuk pasaran domestik.

Kulim, Kedah dipilih menjadi kilang pemasangan pertama bagi kenderaan Porsche di luar Eropah iaitu kilang pengeluaran dan pemasangan kenderaan motor Porsche Cayenne.

Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Berhad, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata hasil kerjasama jangka panjang lebih daripada sedekad.Sime Darby dan Porsche kini membawakan kereta 'sport' idaman kepada lebih ramai peminat Porsche di Malaysia.

"Rasa berbangga dengan kepercayaan berterusan yang ditunjukkan oleh Porsche terhadap Sime Darby dalam usaha untuk membekalkan produk yang konsisten dengan piawaian tertinggi Porsche dari segi kualiti, prestasi dan pengalaman memandu," kata Datuk Jeffri.

Kilang pemasangan dikendalikan 100% oleh rakyat Malaysia berkemahiran tinggi ini bukan sahaja menyokong pertumbuhan perniagaan kami dalam rantaian nilai automotif di Malaysia tetapi ia juga membuka pelbagai peluang pekerjaan yang sekali gus memperkasakan masyarakat tempatan.

Model Cayenne yang panduan pada sebelah kanan yang dipasang hanya akan dijual di pasaran tempatan.

"Saya rasa kami sangat bangga, awak tahu bahawa Porsche mempunyai kepercayaan terhadap Sime Darby. Kami sudah bergabung pada waktu yang lama tetapi untuk meletakkan kepercayaan terhadap Sime Darby untuk membuat kilang pertama di luar Jerman. Saya merasakan ini merupakan satu cabaran untuk menguji kemampuan untuk menghasilkan Porsche," kata Jeffri Salim dalam sidang media selepas pelancaran perasmian yang disempurnakan oleh Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.


(Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin berkenan merasmikan majlis berkenaan hari ini di Kulim, Kedah)

Hadir sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor serta Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Sime Darby Berhad dan Ahli Lembaga Eksekutif dan Pengurusan Porsche AG dan Porsche Asia Pasifik.

Kilang pemasangan tempatan itu menunjukan komitmen Porsche kepada Malaysia dan menunjukkan dedikasi Sime Darby dalam meluaskan keupayaan pemasangan bernilai tinggi sebagai unsur kritikal untuk pertumbuhan perniagaan permotoran.

Media Baharu