fb fb fb fb fb

Bantuan bernilai RM1 juta, lebih 400 petani, penternak dan pengusaha ikan terjejas banjir bakal dibantu

MARANG, 29 Mac- Terengganu akan menyalurkan RM1 juta melalui Tabung Bencana Pertanian untuk membantu lebih 400 petani, penternak dan pengusaha ikan sangkar yang terjejas teruk akibat banjir yang berlaku pada musim tengkujuh baru-baru ini.

Bantuan itu akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun seawal April ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata jumlah kerugian dalam sektor pertanian keseluruhannya ialah RM12.9 juta.

Bantuan diberi mengikut penilaian semasa berdasarkan kerugian yang dialami.

Bantuan sekurang-kurangnya dapat meningkatkan motivasi mereka agar tidak putus asa untuk terus bangkit setelah menghadapi kerugian akibat bencana itu.

"Kita bagi dalam sekitar 10% peratus ke bawah nilai kerugian bergantung kepada sektor masing-masing.Kalau macam sektor tanaman kita bagi RM1,000 sehingga RM1,500 per hektar kerugian, lembu kita bagi RM500 seekor, sangkar ikan kita bagi dalam 10% nilai kerugian. JawatankuasaTabung Bencana Terengganu telah meluluskan hampir RM1 juta," kata beliau kepada pemberita selepas majlis perasmian program pemberian bantuan baja pertanian kepada 200 pekebun kecil B40 yang disempurnakan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang.


(Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, Dr Azman Ibrahim ditemui
media selepas majlis perasmian program pemberian bantuan baja pertanian kepada 200 pekebun kecil B40 di Marang)

Baja pertanian tersebut sumbangan CSR East Coast Fertilizer Sdn Bhd iaitu anak syarikat Menteri Besar Incorporated yang memfokuskan kepada pengeluaran baja berkualiti untuk memajukan lagi sektor pertanian di Terengganu.

"Selain daripada kita menjanakan keuntungan, kita tak lupa kepada pekebun kecil B40 yang menjadi tulang belakang sektor pertanian di negara kita. Di antara produk utama kita ialah CRF. Ia memberikan ketahanan untuk tempoh yang tertentu khususnya ketika musim tengkujuh yang biasa baja mudah larut tp baja ni dapat kekalkan perkara itu," kata Kamal Nazmi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif East Cost Fertilizer Sdn Bhd.


(Ketua Pegawai Eksekutif East Cost Fertilizer Sdn Bhd, Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin turut ditemu bual media pada majlis berkenaan)

Media Baharu