fb fb fb fb fb

JBPM sasar miliki 500 buah balai bomba baharu menjelang 2030

PULAU INDAH, 29 Mac- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memerlukan 500 buah balai bomba di seluruh negara menjelang tahun 2030.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata ia bagi memastikan operasi menyelamat dapat disalurkan dengan lebih pantas dan efisien .

"Kita memerlukan lebih kurang 500 balai bomba di seluruh negara dan sekarang ini kita ada 325 balai bomba. Oleh itu, kita baru dapat capai 60-70% daripada jumlah balai bomba yang kita perlukan dan kita percaya kerajaan akan tgk dari segi ekonomi untuk pembinaan balai baharu tersebut," kata beliau ada sidang media selepas menyempurnakan perasmian Pengoperasian Pos Kawalan Bomba Pulau Indah, Klang Selangor.


(Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid merasmikan
majlis Pengoperasian Pos Kawalan Bomba Pualu Indah, Klang hari ini)

Hadir sama, Pengarah JBPM Negeri Selangor, Tuan Norazam Khamis.

Jelasnya, pembinaan diberi keutamaan di kawasan lebih kritikal seperti kawasan berkepadatan penduduk tinggi jumlah bangunan serta panggilan di sesebuah kawasan.

Media Baharu