fb fb fb fb fb

Setiausaha Kewangan Negeri dilantik wakil Sarawak dalam LHDN, berkuat kuasa hari ini

KUCHING, 20 Januari- Setiausaha Kewangan Negeri dilantik sebagai wakil Sarawak dalam ahli Lembaga Pengarah Hasil Dalam Negeri (LHDN), berkuat kuasa hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lantikan itu dibuat mengambil kira profesionalisme dan pengalaman.

"LHDN merupakan satu lembaga yang sangat penting dan tentunya Setiausaha Kewangan Negeri mempunyai kedua-dua kelayakan berkenaan.

"Pelantikan tersebut relevan memandangkan tidak mempunyai sebarang masalah dan isu.

"Apa yang ditekankan ialah dua syarat, kelayakan iaitu dari segi profesionalisme dan pengalaman, kedua-duanya ini dipenuhi dan saya berpuas hati melihat kepada cadangan yang diberikan kerajaan Negeri Sarawak dan cadangan itu sesuai, integritinya tidak boleh dipertikai, dan itu saya rasa bagi LHDN sangat utama, " katanya.

Beliau berkata dalam sidang media mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di sini.


(Datuk Seri Anwar pada sidang media mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia
1963 (MA63)

Sebelum ini, kerajaan negeri mengalu-alukan pelaksanaan langkah Kabinet Persekutuan seperti yang termaktub dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962, bahawa Sarawak mesti mempunyai wakil dalam LHDN

Cadangan keahlian dalam Lembaga LHDN merupakan antara tuntutan kerajaan negeri menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dalam perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan.

Pada Oktyober tahun lalu, Kabinet meluluskan cadangan untuk meminda Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) 1995 bagi membolehkan wakil Kerajaan Sarawak dan Sabah menduduki keanggotaan lembaga pengarahnya.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, cadangan pindaan Akta LHDNM 1995 [Akta 533] itu diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 30 September lalu dengan memperuntukkan seorang wakil masing-masing dari kedua-dua negeri tersebut.

Kerajaan juga telah melantik calon daripada Kerajaan Sabah ke Lembaga LHDN yang mengisi kekosongan ahli profesional pada 1 September 2022.

Media Baharu