fb fb fb fb fb

Sesi persekolahan 2024/2025, 129 kelas prasekolah baharu dibuka

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR, 6 Mac - Semua Institusi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) akan diwajibkan menyediakan kelas prasekolah termasuk Kolej Vokasional (KV) dan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata bagi tujuan itu, 129 kelas prasekolah baharu akan dibuka pada sesi persekolahan 2024/2025.

Ini katanya menjadikan keseluruhan sebanyak 9,909 kelas prasekolah telah dibuka di seluruh negara.

"Selain memperkukuhkan kokurikulum adalah membuat perluasan, perluasan sebanyak mungkin dalam semua institusi KPM untuk prasekolah kerana yang kita tahu prasekolah KPM ini percuma dan kita mahu rakyat Malaysia memilih prasekolah KPM ini.

"Menjadikan ia pilihan kepada ibu bapa terutamanya kepada B40 dan rakyat kerana sifat prasekolah ini adalah untuk mengatasi isu-isu awal keciciran, mulnutrisi dan melakukan intervensi-intervensi awal yang berkait rapat dengan penubuhan kanak-kanak," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Karnival Keusahawanan PERMATA Remaja di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai, di sini.

Tambah Fadhlina, penambahan itu berdasarkan permintaan, keperluan dan keupayaan komitmen KPM.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN