fb fb fb fb fb

Sesi pendengaran isu diskriminasi minyak sawit Malaysia Mac depan

FOTO: BERNAMA


AMPANG, 15 Januari - Sesi pendengaran isu diskriminasi minyak sawit Malaysia oleh negara Kesatuan Eropah (EU) akan diadakan Mac depan.

Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin, kementerian bersedia membentangkan fakta berkaitan minyak sawit negara untuk menjelaskan dakwaan dibangkitkan EU sebelum ini.

"Jadi kita nak membentangkan kepada mereka untuk perjelaskan satu persatu isu yang mereka tuduh, yang kami rasa tidak berasas. Jadi kita akan memberikan fakta-fakta dan juga contoh-contoh dan polisi serta peraturan-peraturan yang kita buat dalam negara kita." Kata Zuraida selepas melancarkan buku ‘Mari Kenali Sawit’peringkat Parlimen Ampang.

Malaysia tahun lepas memfailkan kes berhubung diskriminasi minyak sawit kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia melalui mekanisme Penyelesaian Pertikaian 600.

Bagaimanapun tarikh tepat mengenai pendengaran itu masih belum ditetapkan dan menunggu tarikh sebenar yang akan diterima oleh Pejabat Peguam Negara.

Zuraida berkata adalah sepatutnya Malaysia dibero peluang untuk menjelaskan pertuduhan yang dibangkitkan oleh EU sebelum sebarang tindakan dibuat.

Ini memandangkan pertuduhan itu amatlah tidak berasas.

 

Media Baharu