fb fb fb fb fb

Serpihan pertama pesawat ringan dibawa ke lokasi utama

Menurut pegawai bertugas, terdapat tiga lokasi yang menempatkan serpihan pesawat.

KAPAR, 14 Februari- Serpihan pertama pesawat ringan yang terhempas semalam telah di bawa ke lokasi utama nahas.

Seterusnya, akan di bawa ke hangar pesawat di Subang untuk tujuan rekonstruksi. 

Menurut pegawai bertugas, terdapat tiga lokasi yang menempatkan serpihan pesawat.

Lokasi utama adalah di ladang kelapa sawit,  lokasi kedua adalah di belakang dapur rumah penduduk dan ketiga di belakang kedai buah. 

Setiap serpihan akan dikumpulkan dan dibawa ke hangar pesawat di Subang.

Difahamkan pesawat ringan tersebut tidak mempunyai kotak hitam, justeru pihak berkuasa perlu melakukan rekonstruksi semula setiap serpihan untuk menyiasat punca sebenar nahas serta akan dibawa ke makmal untuk diuji. 

Analisa dan siasatan akan dijalankan, serta berkemungkinan akan mengambil masa setahun. 

NAZIRATUL BALQIS BINTI AHMAD HAMIDI