PUTRAJAYA, 14 Februari- Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) akan meneroka beberapa aspek teknologi dan peluang baharu yang masih belum dikuasai di Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata hasil program itu akan dijadikan sebagai unjuran ekonomi Bumiputera untuk 10 hingga 20 tahun akan datang.
"Perkara yang dibincangkan oleh sekretariat adalah dengan memperkasakan institusi dan agensi telah diwujudkan sejak Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama 1995."
"Kita juga mahu melihat bahawa peranan yang telah diberikan kepada agensi itu dan dinilai keberkesanannya," kata Dr. Ahmad Zahid kepada pemberita dalam sidang media Majlis Prapeluncuran Kongres Ekonomi Bumiputera 2024, di sini.
Selain pembentangan hasil kajian, Pertandingan Esei dan Pertandingan Pandangan Terbaik juga diadakan bagi membolehkan orang awam mengemukakan pandangan.
KEB 2024 ini akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula 29 Februari hingga 2 Mac.