fb fb fb fb fb

Serlahkan jiwa patriotisma dengan Program Detik Hari Merdeka

KUALA LUMPUR, 31 Ogos- Sempena sambutan hari kebangsaan, Selangor fm menganjurkan Program Kira Detik Hari Kebangsaan 2022.

Program itu dilaksanakan pada jam 10 malam tadi di auditorium P.Ramlee, wisma radio Angkasapuri.

Menurut penerbit program berkenaan, Sheila Baharuddin, program itu dilaksanakan bagi menyerlahkan jiwa patriotisma yang jitu dalam semangat keluarga Malaysia.


(Penerbit Program Kira Detik Hari Kebangsaan 2022, Sheila Baharuddin)

"Bersempena dengan Hari Kebangsaan 2022 ini saya selaku penerbit ingin cari sesuatu iaitu kebersamaan di situ, kami membawakan deklamasi sajak dalam kelompok komuniti pastinya," katanya di sini

Antara pengisian menarik adalah bacaan puisi oleh Dj Selangor Fm.

"Memang satu sambutan yangg bagus, perjuangan orang dahulu memang patut kita kekalkan sampai bila-bila," kata Dj Ash

"Saya rasa ini sajalah saya rasa orang cakap detik untuk lakukan macam ini, kita nak kembalikan karya-karya seni kita yang kita rasai sampailah sekarang," kata Dj Hafiz

Turut dimeriahkan pada malam program kira Detik tersebut adalah persembahan artis oleh Rozita rohaizad dan juga Chef Zainal dan juga diklamasi sajak oleh Mubarak Majid dan juga Wan Raja.

Manakala acara kemuncak kira detik hari kebangsaan diadakan di konti Selangor Fm.

Turut hadir timbalan pengarah penyiaran Selangor, Zamani Ibrahim.

Media Baharu