fb fb fb fb fb

Pahang: 65 terjunan Menara Kuantan 188 simbolik 65 tahun negara Merdeka

KUANTAN, 31 Ogos- Sambutan Ambang Merdeka disambut dengan sukan ekstrem menerusi 65 ‘terjunan base’ dari aras ketinggian 104 meter Menara Kuantan 188 yang dilakukan secara bergilir-gilir oleh 18 penerjun sebagai simbolik 65 tahun negara ini mencapai kemerdekaan.

Lebih menarik, penerjun tertua di Malaysia, Jamaluddin Ismail, 68 tahun, yang berasal dari Temerloh, Pahang melakukan terjunan terakhir pada detik 12 tengah malam tadi.


(Pengarah Urusan Kuantan 188, Datuk Zulkifli Mohamad)

Pengarah Urusan Kuantan 188, Datuk Zulkifli Mohamad berkata, Terjunan base tersebut dilakukan oleh para penerjun dari Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia termasuk penerjun tempatan bermula jam 9.30 malam hingga 12 tengah malam tadi.

"Hari ini kita dapati base jumper daripada Malaysia, Amerika daripada Indonesia Singapura bersama datang sini menyambut kemerdekaan, jadi terjunan yang lakukan hari ini terjunan sebanyak 65 terjunan yang menandakan kepada sambutan hari kebangsaan yang ke 65," kata Zulkifli di sini.

"Ambang Merdeka ni saya nak buktikan malaysia boleh lagi satu saya sebagai warga emas, tidak mengharapkan bantuan daripada kerajaan tapi saya mengharapkan kerajaan beri peluang kepada saya untuk membuktikanmalaysia boleh," kata penerjun tertua Malaysia Jamaluddin Ismail


Tidak ketinggalan, Jabatan Penyiaran Negeri Pahang melalui siaran radionya, PahangFm turut bersiaran secara langsung di Menara Kuantan 188 sempena sambutan ambang merdeka.

Menurut penerbit Ambang Merdeka PahangFM, Rosefiezah Aziz, ambil pendekatan bagi mendekatkan hubungan sesama kita.

"Mengambil kira sempena dengan sambutan kemerdekaan negara yang ke 65 kami di Pahang fm mengambil pendekatan dimana kami mengadakan radio di lokasi tahun ini sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-65 dengan bersiaran selama 65 minit terakhir tanpa henti untuk kita sama-sama menyambut ambang kemerdekaan negara," katanya.

Selain itu sempena ambang merdeka, turut diadakan ‘face painting’ oleh pelajar Kolej Komuniti Kuantan dan perarakan oleh ahli Kelab Basikal Klasik Kuantan di sekitar menara kedua tertinggi di Malaysia itu.

Media Baharu