fb fb fb fb fb

PM hadir meriahkan sambutan Ambang Merdeka di Anjung Floria, Putrajaya

PUTRAJAYA, 31 Ogos- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir bersama Keluarga Malaysia untuk memeriahkan sambutan Ambang Merdeka yang bertempat di Anjung Floria, Putrajaya.

Hadir sama pada sambutan tersebut ialah barisan jemaah menteri serta pegawai tertinggi kerajaan.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melambai tangan kepada yang hadir di Ambang Merdeka di Anjung Floria)

Antara yang hadir adalah Menteri Wilayah Persekutuan dan timbalannya, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Jalaluddin Alias serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Bin Mak Ujud.

Sambutan Ambang Merdeka bermula jam sembilan malam dengan pelbagai pengisian menarik antaranya persembahan artis tanah air dan tarian seni kebudayaan.

Kemuncak sambutan adalah tepat jam 12 malam dengan adanya laungan Merdeka sebanyak tujuh kali berserta pertunjukan bunga api dan diikuti nyanyian lagu Negaraku.

Sambutan Ambang Merdeka Putrajaya merupakan anjuran Perbadanan Putrajaya dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2022 dan penganjuran Festival Bunga & Taman Floria Diraja Putrajaya 2022.

Media Baharu