fb fb fb fb fb

Hujan renyai di Ketereh tidak ganggu sambutan merdeka

KETEREH, 31 Ogos- Hujan renyai tidak menghalang hampir seribu penduduk sekitar hadir memeriahkan sambutan Ambang Merdeka@Komuniti Peringkat Perlimen Ketereh di Sekolah Kebangsaan (SK) Tegayong, Melor, Ketereh Kelantan malam ini.

Antara pengisian program itu adalah persembahan dikir barat pidato dan deklamasi puisi merdeka.


(Pegawai Khas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Ahmad Termizi Musa)

Menurut Pegawai Khas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Ahmad Termizi Musa, hujan tidak sedikitpun membataskan keterujaan penduduk sekitar untuk berkongsi kemeriahan sambutan ambang merdeka setelah dua tahun penganjuran sedemikan tidak diadakan.

“Saya rasa amat kagum dengan sambutan yang diberikan oleh masyarakat setempat walaupun pada peringkat awal tadi ada hujan dan selain daripada venue disini waktu selepas solat maghrib tadi kita adakan forum rakaman islam rtm di Masjid Tegayong Masjid Ar Rahman kehadiran juga amat luar biasa” katanya ketika ditemui di Program dan Perasmian Ambang MERDEKA@KOMUNITI Peringkat Parlimen Ketereh 2022 di Melor, Ketereh.

Program sambutan anjuran bersama Jabatan Penerangan (JAPEN) Negeri Kelantan itu telah bermula daripada pukul 9 pagi dengan pelbagai aktiviti antaranya, Bekwoh Kacau Bubur Asyura, Pameran Agensi selain Rakaman Forum Ehwal Islam KELANTANfm di Masjid Tegayong.

Mengulas lanjut Datuk Ahmad Termizi berharap, semangat kecintaan terhadap negara yang ditunjukkan oleh penduduk di kawasan Parlimen Ketereh pada malam ini tidak terhenti setakat bulan Kebangsaan sahaja.


(Antara penduduk yang hadir sambutan Ambang Merdeka@Komuniti Peringkat
Perlimen Ketereh di Sekolah Kebangsaan (SK) Tegayong, Melor di sini) 

Media Baharu