IPU Serian sangat tidak sihat, catat bacaan 260

Foto fail AFP menunjukkan keadaan jerebu di Serian, Sarawak pada 5 September lepas

KUALA LUMPUR, 12 September- Serian, Sarawak mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) 260 iaitu pada tahap sangat tidak sihat setakat 8.00 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lapan kawasan di Sarawak catat bacaan IPU pada tahap tidak sihat, Sri Aman dan Samarahan masing-masing 196.
  • Kuching 192, Bintulu 153, Sarikei 152, Samalaju 151, Mukah 118, Sibu 105.
  • Beberapa kawasan lain catat IPU sederhana termasuk Larkin 93, Miri 89, Kimanis 86, ILP Miri 84, Labuan 83, Limbang 83.
  • Kategori IPU: 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat. Rujuk laman JAS atau aplikasi MyJAS EQMS.

Berdasarkan data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), lapan kawasan lain di Sarawak pula merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat, dengan Sri Aman dan Samarahan masing-masing mencatat IPU 196.

Kuching merekodkan bacaan 192, diikuti Bintulu (153), Sarikei (152), Samalaju (151), Mukah (118) dan Sibu (105).

Sementara itu, Larkin, Johor mencatat bacaan tertinggi dalam kategori sederhana iaitu 93, diikuti Miri, Sarawak (89) dan Kimanis, Sabah (86).

Beberapa kawasan lain turut merekodkan bacaan sederhana, termasuk Pusat Latihan Perindustrian (ILP)Miri (84), Labuan (83), Limbang (83), Kota Tinggi (80) dan Tangkak (80).

Bacaan IPU antara 51 hingga 100 dikategorikan sebagai sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat dan 201 hingga 300 sangat tidak sihat.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.

Bagi mendapatkan maklumat berkaitan IPU terkini, layari laman sesawang JAS di pautan https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main atau muat turun aplikasi telefon pintar rasmi MyJAS EQMS.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.