fb fb fb fb fb

Seri-Aji® salur RM20,000 bantu keluarga kurang berkemampuan

Majlis penyerahan cek replika bersama Yayasan MyKasih

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) meneruskan komitmen terhadap kesejahteraan komuniti menerusi kempen "Bersahur Bersama Seri-Aji® – Sahur Seribu Kebaikan" dengan menyalurkan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada keluarga kurang berkemampuan sepanjang Ramadan lalu.

Kempen yang menggalakkan orang ramai berkongsi video resipi dan menyertai peraduan media sosial itu berjaya mengumpul dana melalui setiap penyertaan.

Hasil dana kemudiannya disalurkan kepada dua rakan strategik iaitu Yayasan MyKasih dan Yayasan Food Bank Malaysia.

“Di AMB, kami percaya bahawa kesihatan adalah aset paling berharga. Pemakanan seimbang bukan satu kemewahan tetapi keperluan asas yang harus dinikmati semua lapisan masyarakat.

"Justeru, sumbangan ini bukan sahaja bantuan kewangan, malah simbol keprihatinan terhadap kesejahteraan komuniti,” kata Timbalan Pengurus Besar Kanan, Pemasaran Pengguna AMB, Lee Soon Howe.

Antara keluarga yang hadir menerima sumbangan set Kindness Basket baru-baru ini


Pada 18 Mei lalu, kakitangan AMB bersama Yayasan Food Bank Malaysia dan sukarelawan pelajar dari Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi telah membungkus dan mengagihkan set Kindness Basket kepada 100 keluarga di Flat Dadimur, Batu Caves, Selangor.

Setiap bakul mengandungi barangan asas seperti beras, minyak masak, bihun, gula dan perencah Seri-Aji®.

Program pengagihan turut mendapat kerjasama Persatuan Kebajikan Wanita dan Ibu Tunggal (WITUS) yang memainkan peranan penting dalam melancarkan proses penyampaian bantuan kepada komuniti.

Dalam masa sama, baki dana berjumlah RM10,000 disalurkan kepada Yayasan MyKasih untuk membantu 66 keluarga mendapatkan keperluan dapur selama dua bulan.

Bagi memastikan bantuan dimanfaatkan sepenuhnya, sesi taklimat khas telah diadakan pada 31 Mei untuk memberi panduan penggunaan program serta senarai produk yang layak.

(Kiri) Majlis serahan cek replika bersama Yayasan Food Bank Malaysia dan (kanan) Sesi pembungkusan Kindness Basket oleh kakitangan Ajinomoto, kakitangan Yayasan Food Bank dan pelajar sukarelawan KPTM

AMB turut mengadakan demonstrasi masakan menggunakan perencah Seri-Aji® seperti Nasi Goreng dan Pes Tom Yam.

“Kami faham kesibukan ibu bapa hari ini dalam menyediakan hidangan terbaik. Oleh itu, Seri-Aji® menawarkan penyelesaian yang mudah, cepat dan lazat menggunakan bahan semula jadi berkualiti tinggi,” kata Ketua Pemasaran Pengguna AMB, Ng Yee Boon.

Salah seorang penerima bantuan turut berkongsi pengalamannya.

“Saya tak pernah cuba perencah nasi goreng sebelum ini, tapi anak saya suka sangat selepas mencubanya hari ini. Mudah, sedap dan sangat menjimatkan masa," katanya.


Artikel ini dibawakan oleh Ajinomoto (Malaysia) Berhad.

 

GRACE AISYAH KEDAYAN