fb fb fb fb fb

Seorang pelancong maut, lima cedera kejadian bas terbakar

Bas terbakar dalam kemalangan di Kilometer 198 Lebuhraya Plus arah Utara Melaka

AYER KEROH, 13 Januari- Seorang pelancong maut, manakala lima lagi penumpang cedera selepas bas yang dinaiki terbakar dalam kemalangan di Kilometer 198 Lebuhraya Plus arah Utara Melaka awal pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 pagi itu, mangsa yang maut merupakan remaja perempuan warganegara India berusia 17 tahun.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat TPGB (KUP) Zahrul Azha Mokhtar, "bas yang membawa 30 penumpang itu terbakar 100 peratus di lokasi kejadian. 

"Panggilan diterima pada pukul 3.55 pagi setelah bas tersebut melanggar sebuah motosikal yang terlibat dalam kemalangan sebelum itu," kata Zahrul Azha Mokhtar.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, pihaknya terus melakukan kerja penyelamatan dan pencarian mangsa terlibat. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Arshad Abu dalam satu kenyataan memaklumkan, "mangsa yang maut merupakan pelancong dari Chennai, Tamil Nadu , India itu meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Alor Gajah dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka bagi tujuan post mortem."

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Alor Gajah bagi menerima rawatan manakala 24 penumpang lain selamat

Kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI