fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Johor menunjukkan pengurangan

Keadaan banjir di Johor

JOHOR BAHRU, 13 Januari- Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor berkurang kepada 4,964 orang sehingga pukul 11.00 pagi tadi berbanding 4,982 orang, pukul 6.00 pagi tadi.

Kesemua penduduk masih berlindung di 34 buah pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan enam daerah di negeri itu. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, "angka penduduk terjejas banjir di Kota Tinggi berkurang namun masih kekal paling ramai dengan 3,763 penduduk terjejas ditempatkan di 23 PPS berbanding 3,773 pada pukul 6.00 pagi tadi."

Ia diikuti dengan Mersing, 620 penduduk daripada 187 buah keluarga ditempatkan di empat PPS.

Sementara itu di Kluang, seramai 350 orang ditempatkan di tiga PPS manakala Segamat kekal 89 orang sejak malam tadi di dua PPS.

Johor Bahru, 80 penduduk ditempatkan di sebuah PPS dan Batu Pahat, 62 orang daripada 17 keluarga berlindung di sebuah PPS.

Jalan Tanah Abang di Mersing, Lingkaran Kahang Barat (Felda Kahang Barat) dan selepas Felda Kahang Barat, Kluang ditutup kepada semua kenderaan.

Bagaimanapun Met Malaysia melaporkan hujan lebat berterusan tahap buruk, dijangka berlaku sehingga Ahad ini di Johor.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI