fb fb fb fb fb

739 penduduk terjejas banjir di Pahang

Keadaan banjir di Pahang

KUANTAN, 13 Januari- Seramai 739 penduduk terjejas banjir di Pahang daripada 219 keluarga masih berlindung di tujuh pusat perlindungan sementara (PPS) yang di tiga daerah setakat pukul 12.00 tengahari tadi.

Daerah terlibat ialah Rompin, Pekan dan Maran.

Menurut Info Bencana JKM, penduduk terjejas banjir paling ramai adalah di Pekan melibatkan 570 orang yang berlindung di tiga PPS.

Diikuti Rompin iaitu seramai 165 orang berlindung di tiga PPS.

Sementara itu di Maran empat orang melibatkan satu PPS iaitu Balairaya Kampung Baru Pertanian.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI