KUALA LUMPUR, 14 April- Demi kepentingan komuniti global, Malaysia percaya semua pihak semua pihak yang terlibat dalam permusuhan di Asia Barat harus berusaha ke arah menghentikannya dan memastikan ketegangan tidak terus memuncak.
Malah, untuk penyelesaian yang berpanjangan, keganasan yang berterusan mesti berakhir.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang memantau dengan teliti perkembangan geopolitik global dan pasaran kewangan dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menggalakkan kestabilan kewangan yang berterusan dan fungsi pasaran yang teratur di samping bimbang tentang kemungkinan kejatuhan ekonomi daripada situasi semasa yang mungkin memberi kesan kepada rakyat Malaysia.
"Walau apa pun, Malaysia berdiri bersama rakyat Palestin yang terus menderita dalam situasi yang teruk ini. Sudah tiba masanya untuk semua pihak melaksanakan pengekangan sepenuhnya, dan pemegang kepentingan global yang terkemuka harus menuntut pengakhiran permusuhan oleh semua pihak,"katanya.
Beliau memaklumkannya dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya hari ini selepas mengadakan mesyuarat bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, dan pegawai kanan lain bagi membincangkan situasi di Asia Barat.